Sabtu, 14 Januari 2012
-->DIARI JANUARI YANG PADAT
Bismillahirrahmanirrahim...
1HB - Sambut Tahun Baru 2012M bersama sahabatku Ogie di Semporna. Azam tahun ini? (biarlah jadi rahsia hatiku)semoga dimakbulkan oleh Allah. Amin...Sebenarnya, sengaja balik awal untuk mengemas rumah dan buat apa-apa la yang patut... penat juga...al-maklum sajalah sebulan lebih rumah ditinggalkan...
3HB - Mesyuarat Pengurusan Sekolah Kali Pertama 2012... Banyak agenda yang dibincangkan. Biasala...rutin awal tahun.Agihan tugas. Tiba-tiba jak aku 'badmood'...asbabnya apa yang dirancang akhir tahun lepas...semuanya serba tak kena...kupujuk hatiku cuba bersabar menerima 'bad news' ni walaupun takat kesabaranku sebenarnya sudah sampai ke kemuncaknya...tinggal tunggu meletup saja!!! =(
4HB - Hari pertama sesi persekolahan 2012. Seperti 4 tahun lepas, aku masih lagi d sesi petang walaupun aku sudah memohon untuk mengajar 'option'ku di sesi pagi. Mungkin bukan rezekiku lagi dan mungkin jodohku dengan sesi petang masih ada. xapalah...Pelajar-pelajar Tingkatan 1 sibuk dengan orientasi. So, aku xpayah 'bz'kan diri masuk kelas sepanjang minggu ni. Buatla apa yang patut...
7HB - Mesyuarat Kurikulum Kali Pertama 2012. Seperti biasa, akulah yang kena sediakan surat jemputan, iklan, dan minit...walaupun aku hanyalah Penolong S/U sahaja.Jawatan yang diteruskan dari tahun lepas. xda perubahan.huhuhu... Kali ini aku minta S/U pula yang sediakan laporan walaupun sebenarnya sepanjang 'meeting' jejariku xberhenti mencatat. Panjang juga la... Sebab semua nak bercakap... =)
10HB - Mesyuarat Bidang Bahasa I. Oleh kerana aku masih lagi PKP BM (tiada kaitan langsung dengan optionku),aku pun 'join' sama. Banyak juga yang dibincangkan tengah hari itu...dari aktiviti panitia, bajet, sampailah tugasku sebagai pengyelaras pemulihan (ini lagi tiada langsung kait-mengait dengan aku)... memang sangat menguji tahap kesabaranku... sabar...sabar...selagi mampu...huhuhu
13HB - Penyerahan Buku Rekod Kemajuan Pelajar dan saki-baki duit RM100. Hari ini semua guru diarahkan turun sesi pagi. Sampai sahaja di sekolah, terus ke kantin... Perut meronta-ronta minta diisi. Menu pagi ni, Nasi kuning+sardin+milo tarik kaw. Selesai santap, kusudahkan RPHku yang masih belum siap. Seperti biasa, bab-bab penyerahan buku laporan biasanya kurang mendapat sambutan berbanding agihan kewangan (KWAMP/RM100). Aku pun hairan. Sampai bilalah mentaliti ini akan berubah...sampai bila dan bila? Walaupun plan dengan Ogie xbalik Tawau, tapi sempat lagi ronda-ronda pekan... sebenarnya niat utama untuk pulangkan kad kredit Maybank+makan. Tapi, kopak juga duit asbab terbeli jubah walaupun gaji belum lagi masuk. Gatal hati punya fasal...hehehe
14HB - Mesyuarat Ko-Kurikulum Kali Pertama 2012. 2 minggu berturut-turut Sabtu diisi dengan agenda mesyuarat... kalau dah ada pengisian Sabtu...Automatik kakiku pun malas balik Tawau... alang-alang kepalang ja kalau balik... lgpun banyak kerja yang menanti untuk disiapkan. Agenda hari ni banyaknya fasal kokum la...padat betul... kalau difikir-fikir, banyak kos lepas yang akan berlaku...sebab masing mahu dilaksanakan.
17HB - TPM berkunjung ke Daerah Semporna. Mulanya, agenda perjumapaan dengan warga pendidik akan dibuat di sekolah kami. Tetiba dapat khabar xjadi pula sebab akan dibuat di Dewan Masyarakat Semporna. Hanya pihak pentadbir, KB, dan KP sahaja yang diarahkan pergi. Selamat... bolelah kubuat kerja-kerja yang lagi maha banyak di sekolah.
19HB - Mesyuarat Pengurusan Kelas. Walaupun aku guru kelas sementara 1B, tetapi banyak da yang aku buat... al-maklum sajalah...da 4 tahun berturut aku jadi guru kelas Tingkatan 1. Kerja-kerja yang perlu dibuat, sudah pastilah banyak kan? Daftar kelkuar masuk pelajar, yuran, maklumat data, dan yang sewaktu dengannya... lenguh-lenguh juga badanku dibuatnya... kan best kalau dapat mengurut...spa ka... hehehe
21HB - Bermulalah cuti seminggu sempena Tahun Baru Cina... da dapat pun makan buah limau daripada Cikgu Fern...Sheshei =)
23HB - Mesyuarat DMPNS. Wajib hadir. Arahan S/U. Hantar laporan lajnah & Takwaim. =)
Toyyib...Diari Januari terhenti setakat ini dulu, kalau ikutkan hatiku, sebenarnya banyak yang mahu kulakarkan di sini... Apapun, insyaAllah ada kelapangan nanti aku pasti kembali lagi. Wassalam...
Strive 4 mardhatillah =)
Langgan:
Catatan (Atom)