SeSuNGGuHNYa...HaTiKu iNi Milik-Mu Ya ALLAH...
Sabtu, 21 Februari 2009

HARI-HARI KERJA...

Bismillah walhamdulillah...

Da lama rasanya aku tidak post sesuatu kat blogku ni... rindu jugak aku...tapi baru sekarang aku ada kesempatan dan mood yang baik. Al-maklumlah, awal-awal tahun ni memang bz dengan kerja2 & aktiviti kat sekolah...Tak menang tangan aku dibuatnya. Da amanah, buat sajalah dengan sebaik mungkin...lagipun 1/2 penggal ni aku nak fokus kerjaya... 1/2 lagi baru nak fokus bab tut...tut...(",)

Buka sekolah jak da mula episod meeting...takwim sekolah sepanjang tahun 2009 da pun kluar. Awal2 tu bab pembahagin tugas la jawabnya. Tahun ni aku sekali lagi diamanahkan jadi guru kelas. Giliran Tingkatan 1D pulak. Nampaknya bermula lagi episod mengumpul maklumat pelajar. Rasanya da lebih 10x jugaklah aku belek fail budak2 tu...migran jugak aku dibuatnya. Mana taknya...kena hantar borang SMM lagi... KUAMP lagi... isi buku kedatangan & kad 001R... inilah rutin guru tingkatan 1. semua serba baru...

Tahun ni juga aku dikekalkan untuk memegang jawatan Ketua Guru Penasihat Persatuan Bahasa Melayu. Aku pun tak tahu kenapa aku diletakkan d posisi itu. Nak kata option bukan jugak...maybe sebab aku mgajar BM kot. Berbanding persatuan lain...banyak jugaklah ahli2 PBM ni...aku baru nak mgatur apa aktiviti yg bole dilaksanakan sepanjang tahun ni.


Memandangkan Ustzh Suzi tengah cuti bersalin, terpaksalah aku dan Farah yang handle Puteri Islam...walhal ada 10 orang lagi guru yang sepatutnya bertanggungjawab sama. Semua pun nak lepas tangan. Masa kejohanan sukan sekolah baru2 ni, kontigen Puteri Islam kalau ikutkan nak tarik diri dalam pertandingan kawat kaki...tapi PK KOKUm nak jugak Puteri Islam ikut hantar wakil... terpaksalah buat latihan kawat last minute. orang lain berlatih 2 minggu...Puteri Islam just 2 hari saja. Syukur alhamdulillah...siapa sangka kami dapat tempat ke-2. semua orang pun terkejut termasuk aku sekali... inilah orang kata, tuah ayam nampak di kaki... tuah manusia??? semuanya dari Allah...(",)

Selesai sukan sekolah, nampaknya aktiviti kokurikulum bermula lagi. Kalau sebelum ni hanya dibuat pada hari Rabu, tahun ni dibuat Rabu & Khamis pula. erm...penat jugaklah. Kesian gak dengan budak2 terpaksa turun pagi hingga ke petang. Tak semua pun guru yang datang. kalau da ramai, yang llain lepas tangan la. Geram jugak aku kalau orang yang suka ambil kesempatan dalam kesempitan ni...

Tahun ni aku plan nak dapat title kelas tercantik... so, sekarang aku bz hias kelas 1D. sampai sakit2 jugak belakang aku dibuatnya... mana taknya terpaksa panjat sana panjat sini...nak harapkan budak2 100% tak bole jugak. aku just minta bantuan dorg sikit je...walaupun sebenarnya kelas tu share dengan kelas pagi, tapi aku malas nak peningkan kepala minta tolong dorg sekali. Tak apalah...

Banyak sebenarnya plan d sekolah tu. ada yang ajak pi Pulau Mataking...Rasa macam nak pi jugak....tapi tak syok rasanya kalau pi bukan dengan geng sendiri... lain kali kalau ada rezeki. Rugi jugak duduk di Semporna di kalau tak jejakkan kaki ke pulau2 yang cantik di sini.

Kem Kepimpinan pun tak lama lagi nak dibuat. Plan dorg 27hb ni...bacat jugaklah aku dilantik jadi fesi... macamlah takda guru lain. asyik orang yang sama jak. Da la time tu aku nak balik Tawau...geramnyer... harap2lah bole tukar posisi di pendaftaran ka...bole jugak balik...

Oklah...da banyak rasanya aku membebel ni... aku rasa nak stop kat sini dulu...nak pi buat sarapan pagi...housemate pun tak bnagun2 lagi...

Sirru ala barakatillah...salam...

Sabtu, 3 Januari 2009

Cuti Sekolah - Coretan 5 "Hari-hari terakhir cutiku..."

Salam alaik...

Menghitung detik demi detik di penghujung cutiku yang berbaki sehari lagi, sempat juga ku menjenguk barang seketika blogku yang sudah seminggu tidak ku 'update'... lantaran masa yang amat cemburu denganku...

Berakhir episod membanting tulang menyiapkan banting Nisa’...nampaknya aku masih lagi disibukkan dengan meeting Lajnah Penerangan bagi menyiapkan Pelan Induk 2008-2012 dan juga Takwim yang berakhir April 2009, sebelum muktamar berlangsung. Nampaknya, aku masih lagi diperlukan di posisi ini lantaran sedikit kepakaran dalam bidang penerbitan. Setelah memerah otak selama hampir 2 jam, akhirnya dapat juga disiapkan. Alhamdulillah...


Dalam sibuk-sibuk begini... sahabatku Amirah sempat juga mencuri2 masa dan ruang untuk mengadakan Liqa' Nuqoba' di pejabat...seperti lazimnya, dia tetap bersemangat membentang dan mengagihkan tugas-tugas yang bakal digalas oleh naqibah2 sepanjang 2009 nanti...Harapan semoga tidak ada lagi yang culas sehingga menganaktirikan kerja2 jemaah. Kerana sesungguhnya,"Kerja2 jemaah bukan pilihan tapi adalah kewajiban" bagi mereka yang berada di landasan ini…

Seusai Liqa' Nuqoba', episod 'meeting' bersambung lagi dengan 'meeting' Sukan Rakyat 2009' anjuran Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Tawau. Sempat juga aku dan Kursiah mengisi perut yang tengah lapar di Restoran Seri Tanjung...Meeting tidaklah mengambil masa begitu lama...sekadar membincangkang perkara-perkara yang perlu...apa yang lebih penting adalah tindakan dan gerak kerja...



31hb
... aku kena menghadiri 'meeting' sekolah pula. Mahu tak mahu...suka tak suka... aku kena hadir juga... nanti, tak pasal2 aku kena siapkan surat 'cinta' @ surat tunjuk sebab kepada pentadbir. Gulana hatiku dibuatnya... mahunya tak...aku kena balik sorang2 ke rumah sewaku yang sudah 45 hari ditinggalkan...Lantas aku mengambil keputusan untuk mengajak sahabat2 ku menemani sekaligus mengajak mereka melancong ke Semporna bagi menggantikan percutian ke destinasi lain yang asyik tergendala... Awalnya ramai yang main tarik2 tali...hanya 1,2 orang saja yang conform...syukur Alhamdulillah...akhirnya sahabat2ku Aisyah, Amirah, Fate, dan Nuri sudi juga menerima tawaranku.


Walaupun sahabatku Aisyah masih trauma setelah peristiwa melanggar seekor anjing sehingga lumpuh, nampaknya dia masih gagah memandu ViGO Hilux sampai ke destinasi dituju. Perjalanan yang hanya memakan masa >90 minit<, sudah cukup membuatkan kepalaku migran. Sampai di rumah sewa, terus sahaja sahabat2 ku solat qasar. Sempat juga aku membersihkan apa yang patut. Nampaknya cekTi telah menghantar satu batalion ke rumah sewaku. Berantakan juga rumahku dibuatnya...


Selesai solat, kami tersukan perjalanan ke Sea Fest. Sebuah Hotel pinggir laut di Semporna yang agak mewah. Kami bukanlah merancang untuk menginap di situ...sekadar jalan2 cari makan... lagipun perut sudah meronta2 minta diisi ..makan malam di pinggir laut Anjung Lepa memang mengasyikkan ditambah lagi dengan panoramanya yang indah...itu sudah cukup membuatkan sahabat2ku teruja lantas tidak melepaskan peluang untuk merakamkan kenangan...banyak juga rasanya gambar yang diambil... Tidak kurang juga ada yang merancang untuk kembali lagi ke situ di lain waktu dengan seseorang yang istimewa


Selepas mengisi tong...langkah di atur lagi... singgah sebentar membeli makanan ringan di G-Mart. Mengisi minyak di Petronas...perjalanan bersambung lagi. Destinasi seterusnya Semporna Holiday Resort @Tampi-Tampi Resort. Perjalan bersimpang-siur...sekadar ingat2 lupa...akhirnya sampai juga walaupun terlajak hingga ke hadapan tanah perkuburan...Tujuan utama bukan untuk makan2 atau memancing... tapi sekadar menikmati keindahan alam di situ sambil mengambil peluang untuk megutip beberapa keping gambar untuk dijadikan kenangan...

Meeting yang sepatutnya bermula 8.00am terlajak hingga 9.00am. Geram juga rasanya kalau orang tak menepati masa ni. Nampaknya, ramai yang tidak puas hati dengan meeting tadi...masakan tidak, pentadbir hanya membentangkan perkara yang remeh-temeh. Tidak fokus dengan tugas2 rasmi yang bakal digalas sepanjang tahun 2009. Tersengguk2 juga aku dibuatnya...

Selesai meeting yang mengambil masa >4 jam< itu, aku dan sahabat2ku balik ke Tawau semula... masih ada perkara penting yang perlu diselesaikan. Sebelum tu kami singgah sebentar mengalas perut di Restoran Jannah.Ambil barang di rumah... Kali ni sahabatku Fate' pula yang mengambil alih tugas pemanduan. Stearing bertukar tangan...Aku sekadar menjadi penumpang setia. Ntah bila muncul keberanian untuk memandu keretaku sendiri.


Sebelum tiba di Bandar Tawau, kami menghantar Nuri yang tengah demam ke rumahnya. Lokasi seterusnya Digital Wise untuk mengambil printer. Bersambung pula ke tempat kejadian Sukan Rakyat, Logpon. Nampaknya tapak khemah dan banting sudah pun siap...tinggal lagi trek untuk sukaneka muslimat... "Kalau Nisa' tiada, trek pun tiada". Memang itulah realiti yang berlaku ketika kami tiba di situ. susah nak kata apa...tak perlu merungut. Buat sajalah apa yang patut.

Nampaknya ViGO-ku masih diperlukan sehingga berakhirnya sukan rakyat bagi mengangkut segala barang2. Aku mengambil keputusan untuk bermalam di rumah Aisyah bagi menyiapkan apa yang patut...malam tahun baru 2009, aku dan Aisyah putuskan untuk mencari span di Century...Sempat juga kami mencari2 topi untuk melindungi diri dari pancaran UV esok hari...Kami juga tidak melepaskan peluang merakamkan aksi dan gelagat orang-orang Tawau meraikan tahun baru 2009...Pendek kata: Dahsyat!!! Sedih pun ada...terfikir sejenak... kenapa tak ambil peluang untuk mengedar risalah tazkirah kepada mereka.


Awal pagi seusai menyiapkan segala kelengkapan, kami bertolak ke rumahku mengambil kuih yang ditempah. Sebelum tu, sempat juga aku meneguk kopi Radix secawan. Singgah menjemput Kursiah dan Mardiana sekali, kami terus ketapak kejadian Sukan Rakyat. Nampaknya Kami antara muslimat terawal yang tiba. Jangkaan sambutan tidaklah begitu menggalakkan. Tetapi, sebaliknya pula yang berlaku...Kesimpulannya penyertaan amat memuaskan dan sangat meriah. Nampaknya penduduk Kg. Seri Menanti memang 'sporting'. Mereka mahukan acara ni dijadikan acara tahunan...InsyaAllah...itu yang kita harapkan... Alhamdulillah... aktiviti berjalan lancar... Semoga kita bertemu lagi di tahun2 mendatang...

Berakhir Sukan Rakyat... aku dan Kursiah menghantar Aisyah ke rumahnya lalu kami meneruskan perjalanan ke rumah Tati...sekali menerima jemputan kenduri kesyukuran di rumahnya. Lagipun, sudah lama tidak bersua muka dengan sahabatku yang seorang ini. Rindu rasanya...Panjang lebar juga kami bercerita sambil menikmati makanan kegemaranku 'sup ayam'.

Awal pagi seusai solat subuh... aku meminta bapaku menghantar aku ke Suka Ramai. Aku sudah berjanji dengan Effa di situ. Aku menumpang keretanya balik ke Semporna... Bermula lagi episod pengembaraanku di bumi GERSANG… Gersang dengan iman… Tandus dengan pemikiran… Cabaran itu harus kugalas… Lantas, kami terus saja memecut ke sekolah. Alhamdulillah sampai juga kami akhirnya walaupun agak lewat sedikit.


Hari ini pendaftaran pelajar2 Tingkatan 1 bermula... Aku diamanahkan mendaftarkan pelajar2 dari SK. Balimbang... Agak lengang juga tempatku berbanding tempat lain. Sepanjang 2 hari, hanya 20 daripada 51 orang saja yang mendaftar. Mungkin juga disebabkan faktor jarak yang jauh... Al-maklumlah mereka dari pulau. Terpaksa naik turun bot. Kesian juga melihatnya...Sambil menyelam minum air...sempat juga aku online sekaligus menguji wireless sekolahku. Walaupun very low, tapi sudah cukup laju jika dibandingkan dengan broadbandku... Sempat juga aku baca muqaddimah Novel Salju Sakinah karangan Zaid Akhtar...antara penulis kegemaranku.


Setelah memerah keringat semalaman dengan Jiyah dan Kak Sal, akhirnya dapat juga kami membersihkan rumah sewa yang sudah lama ditinggalkan... Semua barang, pakaian dan yang sewaktu dengannya dapat juga disusun dengan rapi... penat... letih... lesu... bercampur baur jadinya. Agak lewat juga kami lelapkan mata malam itu. Harap2 lepas ni cekTi2 tidak mengamuk lagi...

~mengintai ruang HIKMAH...~
Rasanya,sampai di sini dulu coretan ‘Cuti Sekolah’ku kali ini. 1429H/2009M tetap meninggalkan 1001 kenangan...suka duka... pahit manis... itulah asam garam dalam kehidupan seorang insan...
Selamat Tinggal Tahun 1429H/2008M dan Selamat Datang tahun baru 1430H/2009M. Semoga tahun ini akan menjanjikan 1001 satu harapan yang akan menjanjikan 1001 hikmah dan kebaikan... Kita merancang, Allah juga turut merancang...dan sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik...semoga apa yang dirancang selari dengan perancanganNya...Amien ya Allah...

Siiru ala barakatillah...
Salam...(",)

Catatan Terbaru Catatan Lama