Rabu, 19 Mei 2010
Ahad, 2 Mei 2010
~SELAMAT ULANG TAHUN MY DEAR FRIEND~


2 hari aku duduk sendiri di rumah Semporna...Semua orang balik kampung...Efah mengajak balik Tawau, tapi tetap juga berat kaki mau balik Tawau...mungkin terasa sedikit penat...jadi, terpaksalah si Kitty, si Lotong, dan geng2nya menemani aku sepanjang 2 hari...hehehe...inilah kali pertama duduk sendiri sejak berpindah ke rumah baru ni...berani ker??? apa boleh buat...walaupun agak takut, sebenarnya takutkan orang jahat...hehehe...kukunci saja semua tingkap dan pintu...xlupa sandarkan doa dan tawakkal kepadaNya...moga-moga semuanya selamat...(^-^)
Bosan duduk sendiri...yang dinanti xmuncul2...erm...dalam otak tengah rancang sesuatu...suprise!!! Sebenarnya mau buat suprise awal...tapi xsangka orang yang berkenaan balik awal gara-gara MC 2 hari...so, terpaksalah dianjak sehari berikutnya. Aku plak yang supprise!!! Apa-apalah...
Da lah duk rumah sorang-sorang, mau masak pun gas tiba-tiba jak habis. huhuhu...terpaksalah masak bubur ayam di periuk letrik. Syukur ada periuk... makan jak la apa-apa yang ada.
Sambil-sambil tengok tv, layan internet, aku pun cipta kad birthday untuk si Mogy...akhirnya siap juga...sampai xsedar aku da terlena depan laptop...sedar-sedar da subuh...
Sementara tunggu Si mOgy balik, aku mau buat apa ya...hadiah xbeli lagi, kek pun xbeli lagi...Aku tanya Si Masliha kalau-kalau dia mau keluar..bole tumpang sekaki...tapi dia da meNawau semalam...so, xkuarla. Terpaksalah aku beranikan diri keluar sorang-sorang cari kereta sapu. Singgah kejap tanya gas di kedai...tapi, xda plak yang boleh menghantar...Tahan kereta sapu, terus pi Seri Intan cari hadiah. Lepas tu aku terus ke Bayview Cakehouse untuk beli kek. Walaupun hujan lebat, kuredah juga...hehehe...
Sepanjang menunggu orang yang nak di "suprise"kan...aku pun buatla apa yang patut...erm...akhirnya sorang-sorang balik...mOgy, Kak Sal, pas tu Jiyah. Aku bagitau Kak Sal dan Jiyah yang aku nak "suprise"kan si mOgy...hehehe...
Apalagi kami pun berpakat la... Plan A:- Minta si mOgy goreng mi, jadi, sementara dia di dapur, kami pun bole siapkan apa yang patut...tapi, sakit pula kepalanya...erm...nampaknya plan A gagal!!!
Plan B:- Kak Sal ajak si mOgy pi bilik...konon mau cerita sesuatu...jadi aku dan Jiyah bolelah buat apa yang patut...berjaya...selepas siap semuanya...xsangka plak diorang ni menyembang sampai xingat dunia...sampai kami di bawah pun cari akal lain supaya diorang di atas cepat turun...hampir 15 jugalah baru diorang turun...berwap jugakla rasanya...huhuhu...
Matikan semua lampu, pasang lagu Hari Lahir Upin Ipin...hehehe...Suprise!!!
Selamat Hari Lahir...
Iringan doa kuhulur...
Bersyukur kepadaNya...
Atas nikmat usia...
Semoga usia yang bertambah...menambahkan lagi ketakwaan kepadaNya. Tua da...hehehe
May Allah Bless U Always...My Dear mOgy....
~SELAMAT HARI PEKERJA~

Bekerja Kerana Allah VS Bekerja Kerana Dunia???
Tepuk dada, tanyalah iman kita. Apakah matlamat kita bekerja? Mencari kehidupan duniawi, kedudukan, kekayaan dan kemuncakkanya kebahagiaan? Atau semata-mata kerana Allah. Betapa pentingnya bekerja ini Allah SWT mengisyaratkan dalam firmanNya : "Dialah zat yang menjadikan bumi ini mudah buat kamu. Oleh karena itu berjalanlah dipermukaannya dan makanlah dari rezekiNya".-( Surah al-Mulk: 15)
Ayat ini menjelaskan betapa bekerja itu sesuatu yang syarie, setiap seorang disuruh rajin berusaha, rajin berjalan atas muka bumi ini mencari kurniaanNya yang banyak. Allah SWT telah menjamin bahawa bagi setiap seseorang itu ada rezeki yang dipermudahkan kepadanya. Syaratnya dia mesti rajin bekerja dan berusaha.
Dengan motivasi yang Allah SWT lontarkan ini, Allah SWT menjadikan sifat bermalas-malasan mencari kurniaannya adalah haram. Meminta-minta itu adalah haram. Bahkan memberi sedekah kepada orang yang mampu bekerja tetapi malas bekerja adalah haram. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sedekah tidak halal buat orang kaya dan orang yang masih mempunyai kekuatan dengan sempurna." (Riwayat Tarmizi)
Bekerja di dalam Islam adalah ibadah, bukan semata-mata bekerja untuk mencari sesuap makanan, seteguk minuman, tempat tinggal dan lainnya. Bekerja adalah wajib bagi menyempurnakan "maqasid syariyyah" bagi menjaga kelangsungan hidup dan keselamatan agama, ruh, akal, keturunan dan harta. Oleh sebab itu Islam menetapkan bahawa bekerja merupakan suatu ibadah yang mesti dilakukan dengan adab dan akhlaknya. Dan setiap kali kita menunaikan solat beulang kali kita memperingatkan diri kita bahawa kerja kita adalah ibadah jika ianya dilakukan semata-mata kerana Allah. Dalam Doa Iftitah kita membaca; "Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku kerana Allah SWT".
Oleh sebgab itu setiap pekerja muslim mesti ingat bekerja adalah perintah Allah SWT sebagaimana yang ditegaskan oleh allah SWT di dalam al-quran; "Dan (katakanlah Wahai muhammad!) Bekerjalah kamu, maka Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman akan melihat pekerjaan kamu itu".Sementara itu mari kita perhatikan kepada sabda Nabi saw: "Sungguh seseorang yang membawa tali, kemudian ia membawa seikat kayu di belakangnya lantas dijualnya, maka dengan itu Allah menjaga dirinya, adalah lebih baik daripada meminta-minta kepada orang lain, baik mereka yang diminta itu memberi atau menolaknya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Lihatlah betapa hebatnya kedudukan bekerja dalam Islam. Sekecil manapun kerja yang kita lakukan tetap ada nilai dan harga di sisi Allah SWT. Bahkan ada nilai di sisi manusia juga. Dengan bekerja maruah dan har ga diri seseorang terpelihara dan menjadikannya seorang yang mulia dan dipandang mulia.
Betapa luas kurnian Allah swt kepada hambaNYa yang bukan sahaja mewajibkan hambaNya bekerja untuk mencari kehidupan bahkan menjadikan ianya peluang mencari pahala dan bekalan untuk hari akhirat nanti. Bukan senang kita mahu mengumpul pahala jika pahala diperolehi melalui ibadat khusus sahaja seperti solat, puasa dan haji contohnya. Jadi Islam yang mahukan umatnya sentiasa menjadikan setiap inci kehidupannya menjadi ruang dan peluang mengumpul pahala, bekerja dijadikan jalan untuk memperolehi pahala yang berlipat kali ganda. Bahkan penat bekerja dan kesusahan melaksanakan amanah dan tanggungjawabnya menjadi kaffarah (ampunan dosa-dosa kecil) dan mengangkat kedudukan seseorang di sisi Allah SWT. Sebab itu Allah SWT bukan sahaja memerintahkan seseorang bekerja tetapi menjelaskan bahawa Allah sentiasa menjadi pemerhati dan penyelia utama dalam seseorang itu melaksanakan tugasannya.
Jadi, bayangkan seseorang yang beriman merasakan kerjanya sentiasa diselia dan dikawal oleh Allah SWT, sudah tentu dia bekerja dengan penuh kesungguhan, ketekunan dan keikhlasan kerana dia bukan lagi melakukan sesuatu itu kerana terpaksa atau semata-mata kewajipan kepada majikannya atau keperluan diri sahaja sebaliknya merasakan kerja itu adalah ihsan kepada dirinya sendiri yang dia akan memperolehi rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Dengan seliaan yang sedikit daripada makhluk Allah, dia sedia bekerja dengan tekun kerana dia bekerja kerana Allah SWT.
Justeru, marilah sama-sama kita koreksi diri, muhasabah kerja-kerja yang telah kita lakukan, moga-moga kerja-kerja yang akan datang lebih baik daripada sebelumnya...insyaAllah, amin...
Selamat Hari Pekerja...marilah kita bekerja dengan penuh kesungguhan kerana Allah...
Strive 4 Mardhatillah...(^-^)
Langgan:
Catatan (Atom)