Ahad, 15 November 2009
~Pembahagian Buku Laporan Kemajuan Pelajar~
Salam...
Hari ni tak seperti hari-hari biasa. Aku kena turun pagi bersama-sama dengan guru sidang pagi. Aku xda masalah sebenarnya kalau mau bangun pagi ni...hehehe. Bukan itu sebenarnya yang mahu aku cerita. Sebenarnya hari ni adalah hari Pembahagian Buku Laporan Kemajuan Akademik dan Buku Adab Pelajar.
Ingatkan Pakcik Sulung xambil kami sebab kereta rosak...so, cadang tumpang Cikgu Dianalah. Eh, da naik kereta Diana, pakcik pula tiba2 muncul depan rumah. Takpalah...da naik pun...balik karang la baru ikut pakcik...
Sampai jak di sekolah terus punch, sign, dan terus ke bilik guru. Sempat juga aku susun buku2 laporan tu.
Oleh kerana tak sempat sarapan di rumah, so, sarapan di kantin la jawabnya. rata2 cikgu lain pun macam tu jugak. Menu sarapan hari ni nasi goreng kampung + teh tarik. sedapla jugak...sambil sembang2 dengan Efa, Jamda, Farah, dan, Diana. Ntah apa2 jak la isu yang kami timbulkan...
Lepas bayar jak...terus pi dewan. aku pun terus susun jak buku laporan atas meja. nampaknya adalah 1,2 orang ibu bapa pelajarku yang sudah datang. Terus saja aku melayan mereka. Mau bincang apa dengan ibu bapa? Rasanya ayatku sama jak...xtaulah mau cakap apa dengan ibu bapa. Paling2 pun aku just bagitau turun naik keputusan, peel diorang di sekolah. Kira punya kira rasanya 24 orang saja yang datang. kira oklah tu...kelas belakang2 ni susah sangat mau dapat respon bab2 ambil buku rekod ni...kalau KWAPM...1001% compom hadir...satu kebiasaan yang tidak sepatutnya dibiarkan...hehehe...ntahla...
11.00 pagi, aku terus tutup kaunter. susun2...terus naik bilik guru. sempat jugak aku settlekan buku kehadiran...tutup akaun terus. lagipun esok students da cuti. tutup sajalah...esok aku nak sambung pula susun kad 001...pas tu hantar pi bilik kaunseling. ops! aku terlupa satu perkara...borang PLBS si Irwin. studentku, 1E. dia mau pindah pi Sarawak. so, kena settlekan borangnya. jap lagi la aku buat sambil2 settlekan semua borang PLBS yang lain.
Boring jugak rasanya akhir2 mau cuti ni. Si Efa ada jugak ajak aku pi Tawau hari ni. macam mau pi...tapi...2 hati jugak..kalau pi,ingat mau beli hadiah untuk si Farah. Dia dapat pindah pi Johor ikut suaminya. Rezekilah tu kan...xsampai setahun da dapat transfer...aku???no reason yang kukuh nak pindah...reason paling kuatpun kenalah kawen...ntah bilalah tu ya? Tolak ke tepi dululah bab pindah tu. hehehe.
Oklah...lapar pulak kurasa. dorang ni goreng nasi tapi pedas betulla pulak. aku ni bukannya tahan sangat pedas2 ni. so, makan rambutan jak la...pun boleh...rezeki gak tu...
Okdeh...
Salam...(",)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan